Tuesday, October 27, 2009

Catatan 28 Okt 2009

Menemui anakanda berdua yang sangat Umi kasihi. Kesian kat Odi kerana Umi tak dapat berutus berita dengannya. Anakanda bertiga sentiasa dalam doa Umi. Semoga Allah berikan kekuatan untuk melaksanakan perintahNya dan sentiasa taat menjauhi laranganNya. Umi juga doakan moga anak-anak beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing Abang Qayyim dan Amin dalam ujian akhir semester dan Odi dalam SPM nya. Semoga Allah kurniakan isteri-isteri yang solehah buat anakanda dan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga Allah perelokkan akhlak dan penampilan kita. 
 
Saat Umi menulis ni, Abi telah pergi dengan Ah Loon untuk dapatkan results medical check up semalam. Umi sentiasa berdoa semoga Allah bersikap rahmat pada Abi, melimpahkan lembayung kasih sayangNya pada Abi. Mempermudahkan urusan Abi, kurniakan Abi kekuatan dan ketabahan untuk menjalani operation. Umi mohon semoga Allah mengasihani Abi sebagaimana Abi sangat kasih pada Umi dan menghindarkan Abi dari sebarang komplikasi semasa pembedahan nanti. Anak-anak pun doakan juga ya. Umi tahu saat ini adalah sangat yang paling genting buat kita sekeluarga. Yakinlah sudah tentu Allah ingin mendidik kita semua. 
 
Sebelum pergi tadi (lebihkurang jam 0800) Umi buatkan sandwich sardin untuk Abi. Siap bawa bekal lagi, Umi masukkan dalam plastik bekas roti Gardenia Wholemeal aje. Lepas jumpa doktor, Abi akan terus dialysis, lama tu....tentu Abi lapar nanti.
 
Umi ada bertanya pada Abi, apa agaknya yang Abi doa pada Allah. Abi kata Abi banyak mohon ampun. Abi banyak dosa. Abi tahu Allah Maha Pengampun tetapi Abi juga tahu bahawa Allah sahajalah yang berhak memberikan pengampunan. Abi kata Abi dah berumur 47 tahun dan separuh dari umur Abi telah Abi habiskan hidup bersama dengan Umi. Abi harap Abi takde masalah dengan Umi. InsyaAllah Umi lapang dada dengan Abi dan redha dengan Abi. I won't trade Abi dengan apapun. He's the best anugerah that Allah has given me. Umi harap anak-anak jadikanlah Abi sebagai contoh ikutan. 
 
Umi tanya lagi apakah yang patut Umi rasakan saat ini semasa berdoa kepada Allah? Abi kata letakkanlah diri antara Khauf (takut) dan Raja' (pengharapan). Kita perlu rasa takut kalau Allah tak makbulkan doa kita di samping kita perlu sentiasa berharap semoga Allah mendengar dan memakbulkan semua pengharapan kita. Susahkan. Cuba lah.....


Ummu Qayyim

Yiyang, 28 Oktober 2009

0 comments:

Post a Comment