Saturday, November 7, 2009

7 Nov 2009 - Diari Umi

Assalamualaikum wbt
 
Apa khabar? Lama umi tak hantar berita, entah malas pulak nak menulis. Sekarang ni pukul 3 petang, umi menulis dari bilik hotel. Malam tadi buat pertama kalinya umi dapat tidor di hospital temankan abi. Abi sudahpun keluar dari ward ICU dan ditempatkan di ward biasa, sebilik seorang, ada dua katil. Dapatlah pengalaman menjaga abi. Memang tak boleh nak rehat, setiap dua jam nurse akan masuk ambil blood pressure dan bagi makan ubat. Acapkali juga abi diingatkan untuk "minum air" sebab urine abi sikit sangat. Dah empat tahun abi tak boleh minum banyak, sudah tentu payah untuk abi bertukar kepada tabiat minum air yang banyak ni. Apapun umi nampak abi memang bersungguh, kembong-kembong perut minum air. 
 
Anak-anak doakanlah abi. Kesian umi tengok abi. Malam tadi sahaja, ada tiga kali abi ke tandas. Dalam kepayahan abi bangun ke tandas, sakit perut nak buang air. Doktor kata mungkin kesan ubat yang banyak tu. Kalau umi tengok abi makan ubat, macam makan kacang....Mudah-mudahan semua itu akan menjadi asbab untuk Allah mengampunkan dosa-dosa abi. Umi harap anak-anak pun doakan lah untuk umi juga ya. Memang mencabar kehidupan di sini....tak pelah semua ini tarbiah untuk umi. Dah lama umi tak bermukhayyam. Hidup selalu dalam keselesaan sehingga membuatkan kita selalu lupa...Di sini, umi masakkan makanan untuk abi pun macam main pondok-pondok. Ala kadar nya sahaja. Alhamulillah ada juga bahan untuk dimakan. Kemudian umi tahu bahawa keadaan ini hanya sementara, InsyaAllah semuanya akan berubah bila balik nanti. Bayangkan saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq, Padang Indonesia dan lain-lain kawasan peperangan/bencana, mereka hidup dalam keadaan yang amat "tidak selesa" dan tak tahu pula bilakah penghujungnya. Itulah agaknya yang Allah nak bagi umi rasa.....
 
Salah satu kesan ubat "anti-rejection" yang abi ambil ataupun ketidakseimbangan bahan mineral dalam badan selepas kidney-transplant ini ialah mengalami "hallucinations". Ini pada dua-tiga hari pertama dahulu. Abi terbayangkan abang Qayyim datang tengok abi, cucunda Fadwa datang dan pernah satu ketika abi hantar sms pada umi berbunyi "jom balik makan". Abi terbayangkan ada ramai sahabat datang dan bawa bermacam hidangan. Satu ketika yang lain, abi kata beriya-iya abi potong pizza dan suap sepotong ke mulut. Rupa-rupanya yang abi cuba nak makan tu ialah handphone abi. Begitulah kesan operation yang perlu abi hadapi. Tambahan dalam keadaan badan yang lemah, syaitan juga turut memainkan peranan. Kami ambil iktibar, begitulah agaknya nanti apabila berhadapan dengan sakratul maut. Kita akan didatangi oleh orang-orang yang hampir dengan kita sebagai fatamorgana. Umi selalu ingatkan abi untuk baca mathurat dan berzikir.

Ada seorang patient (dari Indonesia) di katil sebelah abi semasa di ward ICU terpaksa diikat kaki dan tangannya. Meracau-racau, antaranya "I'm the Captain, you are my crew...you have to listen to me". Dia marahkan doktor. Nurse dan anak-anak dia pun diludahny

期  砑

Qayyim: akhir sekali tu mungkin signature china umi. hehe..insyaAllah, tak lama lagi akan pulang ke tanah air. gembira, sedih dan pilu semuanya bercampur membaca perkhabaran abi di sana. walau apa pun keadaannya, abi pesan "teruskan perjuangan, hidup kena diteruskan walau apa pun yang terjadi"

Thursday, November 5, 2009

Perkembangan 3 Nov 2009

"hari  ni 3 nov, semua tiub pada badan abi dah dicabut kecuali saluran buang air kecil. Abi juga boleh duduk sendiri walaupun pelan-pelan. juga buat pertama kali lepas 8 hari operation; doktor pimpin abi berdiri timbang. dengar ura-ura abi dan umi boleh balik 10 november ini, nanti bila conform kami bagitau. salam dan terima kasih pada semua keluarga dan sahabat (yang) tak putus berdoa dan bertanya khabar, termasuk yang SMS dan menalipon dari Malaysia, Beijing dan Mekah"

begitulah SMS abi mintak untuk updatekan di blog supaya semua orang maklum perkembangan terkini. tadi call abi kejap untuk uruskan bayaran-bayaran bill/creadit card..sayup-sayup sahaja suaranya. mungkin keletihan, tapi insyaAllah akan kembali bersemangat bila pulang ke tanah air nanti. inysAllah tarikh sebenar kepulangan akan dimaklumkan dalam blog ini.

abi juga nanti akan di 'home quarantine'kan bila pulang. rumah akan dibersihkan sebersih-bersih nya hujung minggu ni menanti kepulangan umi dan abi~ 

Friday, October 30, 2009

Perkembangan 31 Okt 2009

Assalamualaikum wbt
 
Amin Ya Rabb. 
 
Hari ini 1 Nov 2009 (sebenarnya 31 Okt..umi lost track of date agaknya), Alhamdulillah Dr Hafidzi sudah mula menjamah bubur kosong. Mudah-mudahan keadaan beliau akan bertambah baik. Malam semalam beliau tak dapat tidor kerana pesakit sebelah katil kena minor stroke. Doktor dan nurse sibuk merawatnya. Pesakit tu seorang wanita dari Kota Kinabalu ditemani suami yang tak putus-putus berada di samping. Kzu dilarang pula oleh pengiring kami untuk menemankan akhi, mungkin kerana penampilan busana muslimah kzu (walaupun sudah modified untuk kelihatan ala-ala orang Cina sikit).
 
Semoga Allah terus mengurniakan rahmatNya ke atas akhi dan segerakan penyembuhannya. 
 
jzkk,  Ummu Qayyim
Yiyang, China 


Qayyim: Mak Ngah ade call semalam. katanya Abg Wan Azizan dan maknya tersenarai dalam bakal jamaah Haji tahun ni. Alhamdulillah. Mereka jemput abang untuk meraikan majlis doa selamat ahad malam, tapi terpaksa abang tolak sebab pagi isnin esoknya ada paper final yang sangat susah. kalau mudah mungkin boleh meraikan majlis bersama. Nanti akan call personally abg Wan Azizan untuk ucapkan tahniah dan doakan dia selamat perjalanan pergi dan balik. Moga Allah permudahkan urusan di sana, diberikan kekuatan untuk harungi cabaran mengerjakan fardhu hajj dan mendapat sebanyak2 manfaat berada di bumi perjuangan. Tanah yang mulanya dakwah islamiah, tanah yang disimbahi darah golongan awwalun, tanah yang menyaksikan kembalinya manusia kepada fitrah islam..titik pertemuan ummah. 

30 Okt 2009 - Warkah Umi

Assalamualaikum wbt
 
Anak-anak yang dikasihi,
 
apa khabar? Dah seminggu Umi tinggalkan Malaysia. Alhamdulillah hari ini, abi dan umi telah mula berutus sms. Syukur. Umi masih tak boleh nak temankan abi di ward lagi, Ah Loon aje yang pergi jengok abi. Tadi Umi pesan Ah Loon suruh lap-lap kan abi, tugas yang sepatutnya umi laksanakan. InsyaAllah malam ni umi akan ziarah abi lagi. 
 
Malam semalam, semasa pertama kali umi pandang wajah abi, perkataan pertama yang keluar dari mulut abi, "dinda apa khabar? I love you sayang, from the first day abang nampak dinda, cinta abang tak pernah berkurang". chewah.....berdrama pulak, tapi memang betul, itulah yang abi cakap. Agaknya abi sangat risaukan umi yang duduk sorang-sorang di tempat yang begitu asing. 
 
Masa umi lepaskan abi keluar dari bilik hotel untuk ke hospital (jam 10 malam, 28 Oktober 2009), sampailah saat umi dan abi bertemu kembali (jam 8.20 malam, 29 Oktober 2009), umi hanya berserah dan tawakal kepada Allah yang Maha Penyayang. Umi panjatkan doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa abi, merahmatinya, menjadikan hati doktor dan nurses yang merawat abi bersikap lemah lembut pada abi, moga Allah permudahkan urusan operation, tiada komplikasi semasa dan selepasnya dan semoga badan abi serasi menerima ubat-ubat yang dimasukkan. Umi juga memohon agar Allah berikan abi lagi waktu untuk abi menyiapkan buku-buku penulisan terutamanya Jejak Risalah di Nusantara (JRN) yang sangat berharga itu. Abi bercita-cita untuk meninggalkan legacy untuk anak cucu dan generasi akan datang satu set bahan rujukan tentang Islam di Nusantara. Abi kata, untuk berdakwah dalam masyarakat kita perlu tahu sejarah masyarakat itu sendiri. Belum ada lagi sumber rujukan untuk para duat di dunia sebelah sini dapat gunakan dalam kontek ini. Kalau adapun ianya terpancar-pancar. Apa yang abi lakukan ialah mengumpulkan bahan rujukan tersebut, menganalisa dan merumuskan dari sudut pandang seorang pendakwah. Tafsir Al Quran tulisan Prof HAMKA mengambil masa berpuluh tahun untuk disiapkan. Itulah yang menjadi inspirasi abi, projek JRN memerlukan masa dan nafas yang panjang. Abi puas kalau Allah ambil nyawa abi ketika mana JRN telah siap diterbitkan kesemuanya. Semoga Allah makbulkan cita-cita abi.
 
Semalaman itulah umi tak dapat tidor. Umi rasa abang Qayyim, Amin dan Odi pun begitu juga. Kelima-lima kita terpisah, berseorangan dalam menghadapi saat yang getir ini. Begitulah umpamanya di akhirat kelak, sedalam mana pun kasih sayang kita anak-beranak, kita tetap dibangkitkan berseorangan di hadapan Allah nanti. Semoga dengan iman, amal soleh dan rahmat Allah kita dapat dipertemukan semula di alam yang kekal abadi. 
  
Umi percaya bukan kita sahaja yang mendoakan abi dengan tulus, mak ngah, cik aton, mak long, ateh, atok, kak fuza, abang wan, pakcik-makcik di Johor dan Kuala Lumpur turut mendoakan abi. Apatah lagi pakcik makcik dalam JIM. Mereka yang telah banyak berkorban untuk abi dan kita sekeluarga. Beransur-ansur kita lihat perkembangan yang positif pada abi, semua berkat doa, usaha dan kasih sayang mereka. Kita mestilah tidak lupa diri ya. Janganlah hendaknya kita menjadi orang-orang yang ingat pada Allah apabila ditimpa musibah sahaja, tapi kembali lupa apabila keadaan telah aman. Semoga episod kehidupan ini dapat meningkatkan lagi iman dan takqwa kita pada Allah swt. Mudah-mudahan kita dapat terus berbakti dan beramal di atas jalan dakwah ini, sekecil mana pun sumbangan atau peranan yang dapat kita berikan.  
 
Jumpa lagi di lain kesempatan, salam sayang
Umi
Yiyang, China
2.15pm, 30 Oktober 2009

Thursday, October 29, 2009

ICU 29 Okt 2009

Alhamdulillah, umi SMS tadi lepas isya', katanya dah jumpa dengan abi. abi sampaikan salam pada semua dan ucapan terima kasih pada semua atas pengorbanan. status abi masih belum boleh makan lagi.

pakcik IKJ pun ada msg maklumkan atleast 4 hingga 5 hari untuk check reflect kidney baru pada badan. semoga Allah permudahkan segalanya.

jzkk diucapkan pada semua pakcik makcik, sedarah mahupun seaqidah, atas sokongan pada keluarga kami. khususnya sokongan moral pada kami adik beradik. ana tak henti-henti dapat SMS ingatkan diri untuk sentiasa kuatkan semangat dan terus letakkan pengharapan & pergantungan sepenuhnya pada Allah.

Allah jualah yang akan balas jasa baik antum semua.

Qayyim Hafidzi

DK (Darul Khair), Bandar Baru Bangi

29 Okt 2009 - Umi Kesunyian

Assalamualaikum wbt Abg Qayyim,
 
Sunyi betul hidup Umi tanpa Abi dan anak-anak di sisi.Umi banyak habiskan masa solat dan mengaji. Abi pesan suruh Umi solat Dhuha 8 rakaat, insyaAllah Umi laksanakan. Allah bagi banyak kelapangan di sini, masa untuk muhasabah diri.
 
Ini sedikit coretan mengenai pemergian Cik Aton dan Pak Abu ke Mekah untuk Umrah pada 22 Julai 2009 yang lalu. Mohon abang masukkan lah dalam blog kita. Umi memang tak boleh akses dari sini.
 
love, Umi.

p/s Odi tahu tak perkembangan terkini Abi? Kalau Abg berkesempatan call no tel Warden Hira' 03-32646716. Tadi pagi budak kuantan tu (adik amin husaini) call Umi....

respon: Alhamdulillah dah dapat call odi, sejak petang try call tak dapat. lastly dah masuk waktu nak tidur baru warden hira' angkat, mintak juga panggilkan odi sebab emergency. abang bacakan pada dia apa yang abi tulis dalam warkah pada anak-anak sebelum masuk OT. Odi tak cakap banyak malam tu..sebak agaknya. tapi pagi tadi dapat panggilan dari warden hira', odi rupanya. nak tahu perkembangan terkini abi. alhamdulillah semuanya ok. amin pun abang ada call semalam, dia mintak abang emailkan email abi..katanya nak smskan address email dia. tapi macam biasa, payah nak dia reply SMS~

Wednesday, October 28, 2009

Perkembangan 29 Okt 2009

"Alhmdlh 4.30 am td abi dh slsai op. umi tk dpt tgk lg, agent kta smua ok."

itu SMS umi pada pukul 5.27am padi tadi.

setakat pkl 11.45am tadi, umi ada emailkan perkembangan terkini:

Assalamualaikum wbt
 
Ikhwah dan akhawat fillah,
 
Menurut apa yang dikhabarkan kepada Kzu daripada Ah Loon (pengiring kami):
 
Alhamdulillah, Dr Hafidzi telah mula sedar (sudah ada buka mata sejak pagi tadi lagi). Waktu dilihat tadi, sedang tidur. Sudah boleh kencing (300-400ml) - ini indikator utama menunjukkan buah pinggang yang diterima telah dapat berfungsi. Ada lebih kurang 5 batang jarum pada badan akhi sekarang ni, yang memasukkan pelbagai ubat anti-rejection. Mengikut Ah Loon, doktor menggunakan ubat-ubat import (yang mahal dan baik) untuk akhi, bukannya ubat-ubatan lokal.  
InsyaAllah mungkin boleh ziarah akhi jam 10 malam nanti,  
kzu. 
Yiyang, China 

Terkini 28 Okt 2009

Assalamualaikum wbt 
 
Ikhwah dan akhawat,
 
InsyaAllah Dr Hafidzi akan masuk ke wad pembedahan malam ini. Dijangka operation bermula jam 11 malam dan akan mengambil masa 4-5 jam. 
 
Beliau baru sahaja selesai dialysis jam 1 ptg tadi, jumpa doktor dan balik ke hotel. Alhamdulillah sudah makan sup sayur yang kzu masakkan dan tak boleh mengambil makanan lagi sebagai persiapan untuk pembedahan. Alhamdulillah, beliau tenang dan bersedia untuk menghadapi saat ini. 
 
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa baik ikhwah dan akhawat semua. Mohon dihalalkan segalanya. Mohon juga diampunkan segala kesalahan beliau supaya dapatlah beliau menjalani prosedur ini dengan tenang dan aman.  
 
Kami mohon agar ikhwah dan akhawat mengiringi kami dengan doa semoga hasrat dan cita-cita kita semua untuk melihat Dr Hafidzi beroleh kesihatan yang lebih baik akan dimakbulkan Allah.  
 
JZKK, 
kzu (Zuraidah Kornain)
Yiyang, China

Tuesday, October 27, 2009

Catatan 28 Okt 2009

Menemui anakanda berdua yang sangat Umi kasihi. Kesian kat Odi kerana Umi tak dapat berutus berita dengannya. Anakanda bertiga sentiasa dalam doa Umi. Semoga Allah berikan kekuatan untuk melaksanakan perintahNya dan sentiasa taat menjauhi laranganNya. Umi juga doakan moga anak-anak beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing Abang Qayyim dan Amin dalam ujian akhir semester dan Odi dalam SPM nya. Semoga Allah kurniakan isteri-isteri yang solehah buat anakanda dan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga Allah perelokkan akhlak dan penampilan kita. 
 
Saat Umi menulis ni, Abi telah pergi dengan Ah Loon untuk dapatkan results medical check up semalam. Umi sentiasa berdoa semoga Allah bersikap rahmat pada Abi, melimpahkan lembayung kasih sayangNya pada Abi. Mempermudahkan urusan Abi, kurniakan Abi kekuatan dan ketabahan untuk menjalani operation. Umi mohon semoga Allah mengasihani Abi sebagaimana Abi sangat kasih pada Umi dan menghindarkan Abi dari sebarang komplikasi semasa pembedahan nanti. Anak-anak pun doakan juga ya. Umi tahu saat ini adalah sangat yang paling genting buat kita sekeluarga. Yakinlah sudah tentu Allah ingin mendidik kita semua. 
 
Sebelum pergi tadi (lebihkurang jam 0800) Umi buatkan sandwich sardin untuk Abi. Siap bawa bekal lagi, Umi masukkan dalam plastik bekas roti Gardenia Wholemeal aje. Lepas jumpa doktor, Abi akan terus dialysis, lama tu....tentu Abi lapar nanti.
 
Umi ada bertanya pada Abi, apa agaknya yang Abi doa pada Allah. Abi kata Abi banyak mohon ampun. Abi banyak dosa. Abi tahu Allah Maha Pengampun tetapi Abi juga tahu bahawa Allah sahajalah yang berhak memberikan pengampunan. Abi kata Abi dah berumur 47 tahun dan separuh dari umur Abi telah Abi habiskan hidup bersama dengan Umi. Abi harap Abi takde masalah dengan Umi. InsyaAllah Umi lapang dada dengan Abi dan redha dengan Abi. I won't trade Abi dengan apapun. He's the best anugerah that Allah has given me. Umi harap anak-anak jadikanlah Abi sebagai contoh ikutan. 
 
Umi tanya lagi apakah yang patut Umi rasakan saat ini semasa berdoa kepada Allah? Abi kata letakkanlah diri antara Khauf (takut) dan Raja' (pengharapan). Kita perlu rasa takut kalau Allah tak makbulkan doa kita di samping kita perlu sentiasa berharap semoga Allah mendengar dan memakbulkan semua pengharapan kita. Susahkan. Cuba lah.....


Ummu Qayyim

Yiyang, 28 Oktober 2009

Medical checkup 27 Okt 2009

Umi & Abi di Park. Bagi patient sperti Abi elok jalan-jalan hilangkan stress.
Kami jalan kaki aje dari hotel. 

Umi berlatarbelakangkan jalanraya di Yiyang.
Kenderaan di sini asyik pakai hon aje…
sampai pukul 1 pagi pun masih dengar dari bilik hotel. 

Abi tengah ambil photo untuk buat ID China dengan nama “Ong Keong” 


Hari Selasa lepas pulak, Abi ada appointment untuk medical check up. Ah Loon kata mesti ready 0730 nak pergi hospital. Dah pukul 0745 Ah Loon betul datang ambil Abi di bilik hotel. Umi call pun tak berjawab. Tak lama tu, dia hantar mesej "Sekarang mandi, sekejap saya call uncle". Ah Loon ni dah jadi macam anak Umi Abi di sini. Sangat mengambil berat dan banyak mulut. Takde lah kami rasa sunyi di sini. 
 
Proses medical checkup di sini sangat efficient kata Abi. Walaupun orang ramai, tetapi prosedur dan disiplin hospital di sini membuatkan proses berjalan amat lancar (ada jugalah bab potong queue tu....biasak lah...). Agaknya rakyat dah terbiasa dengan disiplin hidup regimented. Dalam pukul 0930 semua tests dah selesai termasuk ambil darah, X-ray, sugar dan ECG. 
 
Pukul 1200 Umi terima mesej dari Ah Loon lagi "Uncle nanti pukul 1pm pergi ambil photo buat ID China. Itu potential donor semalam buat test dapat matching 4-point (ini Umi tak faham, tapi 4-point is the best compared to 2 atau 3 point) dengan you, Doktor dah tengok semua report budak tu, takada masalah. Sekarang doktor tunggu uncle punya report keluar. Kalau semua ok, besok malam boleh kasi operation". Membaca aje mesej Ah Loon tu, hilang rasa lapar Umi (sebelum tu memang rasa lapar sangat..) Kami terus berwuduk dan bersiap untuk solat Zuhur berjamaah. Umi berdoa dengan penuh rasa khauf dan raja'.
 
Pukul 1pm kami keluar untuk ambil photo Abi. Haha Abi ada ID China dan membawa nama "Ong Keong". Pakcik Jusri dulu Ong Peng. Kira adek beradek lah tu..Nanti Umi hantarkan gambar IDnya kalau dah siap ya..Lepas ambil photo kami pergi supermarket Better Life. Abi nak cari sayur. Kami beli terung sebiji, sawi putih pak choy, daun sup, beras 2 genggam dan buah nectarine 2 biji. Beras tu kami nak cuba aje dulu, sebab beras yang Ah Loon belikan sebelum ni berkanji. Makan sikit, tertidor...... 
 
Sekarang dah pukul 0925, belum ada berita dari Abi, samada results medical check up semua ok atau tak untuk operation malam ni. Umi akan terus doakan untuk Abi. Umi akan update lagi ya....
Ummu Qayyim
Yiyang, 27 Oktober 2009

Diari 26 Okt 2009

Hari Isnin lepas (26 Oktober 2009) adalah hari ulang tahun kelahiran Umi yang ke 44. Balik dari dialysis Abi belikan Umi 6 kuntum bunga rose sebagai hadiah. Bunga tu Umi masukkan dalam botol air mineral kosong yang Umi potong, isikan air paip dan campak sebiji panadol (ini petua nak buat bunga tahan lama) dan letakkan di side table katil kami. Itulah bunga rose yang paling cantik pernah Umi terima. Umi kepilkan gambarnya di sini.

Inilah birthday present Umi tahun ni. Alhamudlillah, Abi 
Memang selalunya tak lupa birthday Umi. Begitu juga
Dengan anak-anak, terima kasih atas birthday wish yang 
Umi terima. Siapa yang terlupa wish tu, siap…… 

Diari 25 Okt 2009

Abi tengah sibuk di workstation. Sebelah aje tu, ialah dapor kami. 
Alhamdulillah, kami masak pakai Rice cooker dan travel cooker.

4:30 : Dalam munajat pagi ini, Aku panjatkan doa khusus buat seorang dua sahabat. Doa buat anakanda Ahmad Yassin yang akan menjalani pembedahan jantung dan juga buat seorang lagi sahabat yang berhasrat untuk bertukar kerja kepada suatu bidang lain yang Aku rasakan sangat cocok sekali buat beliau. 

5:15 : Tertidur sekejap ngantuk sangat

6:00 : Bangun subuh, ma’thurat & sambung mengaji Surah Ali Imran. Tak sibuk buat sarapan sebab mengikut mesej Ah Loon malam tadi, abang tak boleh sarapan untuk appointment doktor. 

7:30 : Ah Loon mesej kata it’s Sunday, doctor is not working. Appointment will be tomorrow. Ah… what a waste. Abang has been waiting for the appointment. Wake up and make breakfast. We had rice, sardine and sup sayur. Alhamdulillah.  

Abang mula menandakan kertas ujian pelajarnya. Perlahan sahaja nampaknya abang menanda, mungkin emosi abang terganggu oleh pembatalan appointment doctor tadi. Aku teruskan membaca buku “Wasiat Qur’ani Aktivis Harakah” yang dibekalkan oleh Dr Fauziah. 

11:15 : Solat Dhuha dan mainkan lagu-lagu nasyid yang Huda SMD telah save kan dalam external hard drive aku. Alhamdulillah, ada juga bunyi alternative yang solehah buat halwa telinga. 

Keadaan bilik hotel yang sangat hampir dengan supermarket Better Life dan jalanraya (out of convenience maybe) membuatkan kami terdedah kepada hiruk pikuk hon kereta (ini budaya orang sini, semua nak tekan hon. Tapi bukan tanda marah cuma amaran….). Juga bunyi musik yang pasti telah melebihi takat decibel yang dibenarkan untuk telinga manusia. Saban hari dipasangkan sebagai hiburan. Juga bunyi meriam, mercun dan bunga api tanda kegembiraan sempena majlis perkahwinan yang dimainkan entah dari mana agaknya.

Mula-mula terdengar bunyi meriam, lantas aku bertanya abang, 
Aku: bang ada perang lagi ke di Cina?
Abang : Takde , tak tahulah pulak kalau mereka baru isytihar perang hari ni
Aku senyum aje dengan jawapan abang yang memang selalunya bersifat lateral.  
 
12:30 : Solat Zuhur + asar. Bersiap untuk berjalan-jalan ambil angin ke Better Life. 

Sementara itu pintu bilik diketuk pencuci minta untuk membersihkan bilik. Aku menggunakan bahasa badan bertanya apakah bunyi bising seperti orang bergaduh yang berlaku malam tadi? Alhamdulillah dia faham dan mengatakan itu sepasang suami isteri bergaduh dan mereka duduk di sebelah bilik kami sahaja. MasyaAllah patutlah bunyinya terlalu kuat…..

Abang sangat terkesan dengan bunyi bising orang bergaduh itu. Bunyi hentakan ke dinding atau lantai entah beberapa kali, bunyi kaca terhempas adalah dua kali. Kaki dan tangan abang sejuk-sejuk, dadanya berdebar-debar. Aku menghadapi suasana itu dengan “relax” sekali. Itulah bezanya antara orang sakit dengan yang sihat, atau mungkin kerana aku tahu abang is always there to protect me.  

Kami berdua ke Better Life (dengan memberitahu Ah Loon terlebih dahulu). Beli sedikit barang untuk masak. Kentang sebiji, cili merah 4 biji, bawang sebiji, chopping board, besen penapis,, air mineral dan buah oren dua biji.

1600 : Bersiap untuk makan yang sudah tertangguh. Menu? Sardine + kentang dan sawi goreng.

Abang ada lagi 20 helaian kertas ujian untuk ditanda. Abang akan beri reward to himself pada setiap 5 helai kertas ujian yang siap ditanda, dengan berhenti sekejap baring-baring atau makan buah. Nampak sangat abang tak menyukai kerja itu. Dalam sekitar jam 2000 aku mendengar jeritan abang mengumumkan dia sudah selesai menanda 50 helai kertas periksa tersebut. 

Aku juga lihat abang mengeluh tentang beberapa kertas periksa yang mempunyai jawapan yang hampir sama 100%. Aku memberikan pendapat pada abang untuk memberikan anak muridnya ”benefit of the doubt”. Kalau abang gagalkan mereka, bagaimana pula abang hendak mendengar jawapan pembelaan dari mereka. Kan sudah menganiaya tu namanya. Susah sungguh bagi abang untuk menerima pandanganku. Apapun akhirnya abang tidak menghukum beberapa orang pelajar tersebut atas dasar “simpati”, walaupun sebenarnya “meniru” semasa peperiksaan adalah satu pembohongan besar yang menjadi musuh nombor satu abang. 

Solat Maghrib dan Isyak.

2100 : Aku tertidor sementara abang kembali kepada membetulkan thesis pelajar tahun akhirnya. Membetulkan thesis pelajar juga memberikan satu tekanan pada abang. “It’s like writing the thesis all over again” kata abang. Apapun, InsyaAllah dengan berkat istiqomahnya abang, thesis itu akan habis juga dibetulkan.  

Aku sangat arif dengan tabiat abang bila menulis. Tak boleh dipaksa-paksa. Biarkan abang mengambil masa nya kerana aku yakin, siap juga ianya satu hari nanti. Begitulah yang aku selalu katakan pada abang ”dinda yakin, satu hari nanti siap juga semua buku-buku abang tu”. 
   
Beginilah rutin kami di sini. InsyaAllah kami akan tetap positif, baik sangka pada Allah, sabar dan berlemah lembut pada orang lain. Sungguhpun Ah Loon silap menyampaikan pesanan (terutama) dalam hal temujanji dengan doktor, kami pujuk hati untuk bersikap rahmat kepadanya. Di samping kami suami isteri, Ah Loon juga ditugaskan mengawasi satu keluarga Ah Moy dari Melaka yang sudah berjaya pembedahannya, dan seorang lagi ”boy” dari Muar yang akan menjalani pembedahan pada hari Isnin nanti.  

Ummu Qayyim

Yiyang, 25 Oktober 2009

SMS 27 Okt 2009

"Abg n Amin, dh dpt donor. tnggu abi punya result medical cekup esk. klu smua ok esk mlm operate. doakan y trbaik buat abi, kita, agama n umah"

begitulah pesanan ringkas umi petang tadi. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan urusan hambanya. mohon doa sahabat pembaca semua agar operation dapat dilaksanakan secepat mungkin dan dalam keadaan yang paling baik. 

Saturday, October 24, 2009

Doa Seorang Sahabat

Selawat dan salam buat Junjungan Nabi SAW dan para sahabat serta tabi'in, 
  
Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Menyantuni hambamu, 
  
" Engkau peliharalah saudara abangku ini Hafizi sepermegiannya bermusafir demi berikhtiar untuk penyembuhan kesihatan diri, 
  
jauhilah dia dan rombongannya dari kepayahan dan gangguan, jadikan makhluk sekalian manusia lembut hati dan ringan tulang apabila berjumpa mereka, 
  
Ya Allah engkau berkati lah pembedahan beliau dengan jayanya tanpa apa-apa komplikasi, jauhi lah dari jangkitan atau septicaemia dan jadikan semua petugas perubatan itu menghormati beliau dan rombongan seperti mana engkau muliakan para sahabat yang berhijrah ke Cina demi dakwah di masa lalu. 
  
Ya Allah engkau ujudkan lah ketenangan buah ahli keluarga beliau yang mendoakanya dari tanahair ini, jauhkan mereka dari gundah gulana, berikanlah mereka kekusyukkan dalam doa mereka dan berikanlah juga mereka keselamatan. 
  
Ya Allah wahai Tuhan yang Maha Memiliki akan segala sesuatu, berkati lah permergian saudaraku Hafizi esok Khamis 22 Oktober agar selamat pergi, selamat dalam pembedahan dan selamat pulang demi meneruskan dakwah agama Mu ini... 
  

Ya Allah ku pohon Engkau BERKATI semua saudara-saudaraku semua dalam jamaah INI yang menyumbangkan wang, doa, ikhtiar, masa, tenaga dan masa rehat mereka semata2 membantu saudara kami dapat menjalani pembedahan. Oleh itu Engkau berkati semua penderma dan sukarelawan dengan anugerahilah mereka ketenangan, kegembiraan, kesihatan, kesenangan dan bahgiakanlah mereka seisi keluarga.., Amin..Amin Ya Rabbal ' Alamin...


Doa daripada IKJ (Ibnu Khalid Juraij)

Friday, October 23, 2009

22 Okt 2009 - Hari Keberangkatan

Ikhwah bersama Dr Hafidzi, di sebelah kiri Dr Hafidzi (berkot hitam) ialah agen yang membawa beliau ke China; Mr Low
Akhawat bersama Dr Hafidzi, Kak Zu & Mr. Low
Akhi Presiden JIM (Zaid Kamarudin) sampai beberapa minit sebelum akhi Dr Hafidzi masuk ke balai berlepas.
Assalamualaikum,
 
Ikhwah dan akhawat sekelian yang kami sayangi. Alhamdulillah perjalanan kami ke destinasi yang ditujui berjalan dengan lancar berkat doa semua kaum keluarga dan sahabat-sahabat semua. 
 
Kami sampai ke bandar Guang Zhou mengikut jadual iaitu sekitar 1.30 t/hari dan mengambil domestic flight ke Changsa yang mengambil masa sejam. Dari Changsa kami menyewa kenderaan ke Yiyang dalam wilayah Hunan, sekitar 2 jam perjalanan dan sampai lebih kurang jam 8 malam. Kami menginap di hotel Xiao Huatian hotel.
 
Sepanjang perjalanan tadi kami tidak menghadapi apa-apa masaalah, kecuali semasa dalam flight ke Guang zhou, keadaan menjadi sedikit cemas apabila ana merasa hendak pitam. Selalunya keadaan ini disebabkan oleh tekanan darah yang jatuh mendadak dan dulu pernah berlaku beberapa kali semasa menjalani dialysis. Untuk menstabilkan tekanan darah dan mengembalikan pada tahap normal kami request kepada stewardess supaya menghantar meal lebih awal. Alhamdulillah apabila mengambil beberapa teguk minuman dan menjamah makanan ana rasa lega kembali, syukur ke hadrat Allah SWT.
 
Hospital di mana ana akan menjalani pembedahan dan rawatan dekat dengan hotel, walking distance kalau menurut kata Mr Loh, agen yang mengurus rawatan di sini. Sesampainya kami di sini, ah loon, anak Mr Loh yang juga pembantu beliau mengkhabarkan patient dari Malaysia berusia 21 tahun yang beliau uruskan baharu sahaja selesai menjalani transplant dan keadaannya amat memuaskan, alhamdulillah.
 
Ana dan zauj, kak zu mengucapkan jzkk jaza' kerana menyantuni kami sedemikian rupa. Kami merasa amat terhutang budi dengan jawatankuasa tabung rawatan yang diketuai oleh Prof Dr Sahrim Ahmad yang begitu prihatin dan mengambil berat tentang urusan pemergian kami ke Cina. Begitu banyak masa yang beliau ambil dari jadual beliau yang sebok untuk menguruskan kebajikan kami. Hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan Prof Dr Sahrim dan JKnya. Kami juga amat terharu dengan segala pertolongan dan tips yang dikongsikan oleh akhi Jusri dan Kak Fauza yang tidak jemu-jemu memastikan bahawa kami membuat persiapan yang secukupnya sebelum bertolak ke sini.
 
Kami juga merasa amat terharu dengan ikhwah dan akhawat yang datang menghantar kami di airport dan melepaskan kami dengan juraian air mata. Akhuna Hasbullah meskipun sebuk dengan urusan menjaga kebajikan Syeikh Hassan Bashir, tetap datang untuk mengucapkan selamat berangkat kepada kami. Akhuna Dr Mustapha Din, naqib liqa usari bersama Dr Jamal Osman, akh Nazlee, akh Zukri dan Zulk dengan camcordernya, akh Amir Hamzah, Akh Wan ahmad Nizar, akh Khairuddin. Kami juga merasa amat kerdil apabila akhuna Presiden turut menyusul kami di airport. Tetapi kami merasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan Akhuna Prof Sahrim dan Hj Zairul yang hadir di saat kami telahpun masuk ke balai berlepas. Di kalangan akhawat, Kak Norazain, ukth Hamisah Mubin (Ketua Wanita JIMDHL). isteri akh Nazelee, isteri akh Wan Ahmad Nizar, kehadiran antuma besar maknanya kepada kak Zu. Kak Shams juga memaklumkan beliau dalam perjalanan ke airport ketika kami telah masuk ke balai berlepas. Kakak kak zu, Che Aton (Hindun) dan suaminya (Abg Hassan) turut datang dari Muar menghantar kami meskipun mereka telahpun menziarahi kami pada hari Sabtu yang lepas. Kami merasa amat terharu. Tak lupa juga pada akhuna Capt Azland yang datang ke rumah kami selepas solat subuh dan melepaskan kami bertolak dari rumah.
 
Sepanjang perjalanan dari rumah sampai kami boarding, bahkan sampai tiba di Guang Zhou, malah sehingga saat ini (jam 11.30 malam) kami masih menerima sms dari ikhawah akhawat yang mendoakan keselamatan kami dan bertanya khabar. Ya Allah! Kami bersyukur kepada Mu ya Allah kerana memberi peluang kepada kami merasai lazat kemanisan ukhuwah Islam. ya Allah, peliharalah dan berilah sebesar-besar ganjaran kepada sahabat-sahabat kami. Kami kasih pada mereka semua ya Allah...
 
Kami juga amat terharu dengan inisiatif yang dilakukan oleh Ust Rujhan, YDP JIM DHL dan ajk JIM DHL untuk mengadakan solat hajat khusus pada malam sebelum kami bertolak. Kami amat terharu apabila ikhwah-akhawat yang jauh dan dekat telah bersama dengan kariah Surau Al-Kauthar mengadakan solat hajat khusus untuk kami. Ana yakin kita turut mendoakan juga kesembuhan untuk akh Khalid Mohammed yang kini sedang dirawat di HUKM kerana masalah spinal beliau. Mohon sampaikan salam dan doa dari kami untuk kesembuhan beliau - syafakallah.
 
Mohon ikhwah dan akhawat bertanya khabar anak-anak kami jika kesempatan. Anakanda Mawardi dari Hira' menalipon kami dengan esakan sewaktu kami dalam perjalanan ke airport. Anakanda Amin berada di Kolej IKIP Kuantan. Jika ada pesanan tertentu bolehlah disampaikan juga kepada anakanda Qayyim. Kami telah amanahkan urusan keluarga kepada anakanda Qayyim. 
 
Sewaktu sebelum boarding, kami dihubungi sekali lagi oleh wartawan Utusan En Radzi yang ingin mewawancara ana berkaitan isu Palestin. Beliau merasakan isu Palestin sudah semakin dilupakan dan berharap wawancara itu akan mengingatkan kembali umat islam mengenai isu yang penting ini. Ana telah meminta agar Akh Zun Arif dan ukth Norazian supaya bersedia untuk diwawancara sebagai felo-felo kanan PACE. Ini adalah satu ruang yang luas untuk membentuk pandangan umum terhadap isu Palestin. Mohon perkembangan tentang hal ini dimaklumkan kepada ana.
 
Dengan tidak disangka ana terserempak dengan Dr Kaseh dari Jab Tamaddun Arab/Islam dari FPI UKM di ruang legar airport. Beliau akan ke Hong Kong untuk menghadiri konferens dan menyampaikan siri kuliah mengenai Islam. Ana memang berhajat untuk menyampaikan berita terkini tentang kesihatan ana tetapi dalam pada itu terlepas pandang. Alhamdulillah Allah pertemukan di airport supaya beliau boleh turut mendoakan kami. Beliau lah yang telah mempelawa ana untuk menyertai kumpulan penyelidik FPI mengenai Kesan Islam ke atas orang melayu. Ini juga merupakan satu ruang yang boleh dimanfaatkan oleh NICE insyaAllah.
 
Sebaik sahaja kami sampai ke Guang Zhao, ana cuba access internet dari hp. Kami menerima berita yang amat menyedikan, Syeikh Hassan Bashir telah kembali menemui Tuhannya. Semuga Allah menempatkan al-marhum dikalangan para syuhada dan anbiya'. Semuga peristiwa ini menjadi motivasi kepada kita semua untuk terus beramal sehingga ke akhirnya.
 
Inilah yang ana nukilkan sebagai tanda ingatan kepada sahabat-sahabat sewaktu menandatangani naskhah Jejak Risalah di Nusantara jilid V - "Udep Sare (Hidup mulia) atau Mati Syahid" Mari kita jadikan dunia ini ladang amal dan jihad.
 
InsyaAllah akan memberi update dari masa ke semasa
 
Ilaliqa'
Dr Hafidzi Mohd Noor
Hjh Zuraidah Kornain
gambar daripada Abu Syamil (Pak Cik Wan M Zukri)

Berangkatnya Seorang Pejuang

Pagi, Khamis, 22 Oktober 2009. Ruang legar Balai Berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menyaksikan suasana sayu dan pilu apabila sekumpulan sahabat seakan tidak mahu melepaskan pemergian seorang saudaranya yang begitu disayangi. Namun atas dasar persahabatan dan persaudaraan juga, mereka cekalkan perasaan, menghentikan sementara alunan lagu perpisahan, menyimbah harapan serta doa atas segalanya...

baca lanjut di MalaysiaHarmoni

Kasih Nuha Norkhair

salam.....

Cakap pasal Dr.Hafidzi, teringat pula ana peristiwa kat sekolah tadi..
Masa ana tengah ajar kelas Nuha Najihah anak Dr.Norkhair (adik kak sakinah), tiba-tiba dia menangis. Pelik jugak ana, sbb mula-mula masuk kelas dia happy sangat, siap boleh buat lawak lagi dengan ana. Tapi tiba-tiba out of a sudden, dia menangis bersungguh-sungguh. Tersedu-sedu lak tuh. Bila ditanya, rupa-rupanya dia sangat risaukan pakcik Dr.Hafidzi even though dia tahu pakcik pergi berubat. This is what she said:

nuha: "Pakcik Hafidzi ayah nuha. Nanti kalau dia x ada nanti macam mana?"
ana: "Laa.... pakcik hafidzi kan pergi berubat kan sana. Nanti pakcik boleh jadi sihat semula"
nuha: "Memanglaa.. Tapi masa dia tengah berubat nanti, pastu dia x ada macam mana?? Nuha takut..... Pakcik baik dengan nuha.. pakcik selalu kirim barang untuk nuha.. Nuha sedih kalau nanti dia tak ada." 
ana: "Nuha banyak-banyakkan berdoa untuk pakcik ye. InsyaALLAH, kalau ALLAH izinkan Nuha boleh jumpa lagi dengan pakcik lepas ni."

Sayu hati ana tengok dia nangis macam tuh... Jujurnya hati seorang kanak2 meluahkan perasaan.....
Itu baru seorang kanak-kanak yang sangat mengharap agar Dr.Hafidzi sembuh... Belum lagi doa sahabat2 lain.... 
Marilah kita bersama-sama doakan supaya Dr.Hafidzi selamat pergi & pulang.... Moga beliau dikurniakan kesihatan yang lebih baik sekembalinya nanti........ Ameen~ 
------------------------------
Ruqayyah Nuruliman bt Ainullotfi
Mantan Ameerah K-UIA Nilai
Guru Sandaran di SRI Hidayah, JB

23 Okt 2009

Yiyang 2:45ptg 23 Okt 2009

Abang sekarang di Hospital untuk dialysis ditemani Ah Loon. Aku dilarang turut sama untuk mengelakkan pandangan serong masyarakat sini terhadap "orang luar" yang datang mendapatkan rawatan. Terutama dengan busana Muslim kami. Abang turut diminta mencukur bersih misai dan janggutnya.

Pernah di US dulu, abang ditolak dari bekerja di sebuah restoran hanya kerana beliau berjanggut dan berjambang. Abang sungguh istiqamah dengan sunnah Nabi ini dan Alhamdulillah dikurniakan rezeki di sebuah restoran yang lain sebagai busboy.

Ummu Qayyim

Catatan 15 Okt - 23 Okt 2009

Sedang aku menjalani kursus Penubuhan JK Anti Dadah di Tempat Kerja pada 15 Okt 2009 lepas, terkejut menerima mesej dari abang " Dinda, we have to leave for China on 22 Okt 2009. Nanti lepas kerja kita bincang lagi". Oh tak dapat digambarkan perasaan di hati. Bercampur baur. Yang penting urusan untuk ke China semakin hampir. Ku jawab mesej abang "Takpe kita teruskan, apa-apa pun urusan, kita buat aje"
 
Dalam kesibukan memenuhi jemputan Open House dari surau dan masjid berhampiran, JIM Pusat, kenduri kahwin dan lain-lain, dapat juga memenuhi hajat Kak Jun dan Kak Endon untuk majlis doa selamat pada hari Ahad 19Okt. Kehadiran abang kakak serta keluarga dari Johor dan N9 juga sepupu-sepapat dari Kuala Lumpur menambah sayu hati ini. Begitu sekali kasih sayang keluarga kepada abang. Memang dia telah berjaya mendapat tempat yang istimewa dalam keluarga ku. Alhamdulillah urusan catering semua ditanggung beres.
  
Hanya ada 3 hari bekerja 19,20 dan 21 hb untuk mendapatkan kelulusan majikan ke China. Alhamdulillah dengan berkat doa yang dititipkan saban malam dan pasti juga dari ikhwah dan akhawat yang sangat prihatin, semua urusan nampak mudah dan berlaku dengan sewajarnya. 19Okt rumah dibanjiri dengan beberapa kumpulan usrah yang datang berziarah dari Bangi dan Serdang (kampung lama kami berdua). JIMDHL turut menganjurkan solat hajat di Surau Kauthar pada 21Okt selepas Isyak. Ramai yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan.  
 
Pada 22Okt berangkat lah kami berdua dari KLIA dengan penerbangan MAS MH 376 ke Guangzhou. Tambah sebak dan sayu dengan kehadiran sahabat-sahabat dan Tuan Presiden JIM. Di situ aku melihat abang menyampaikan beberapa pesanan kepada Akh Zukri dan Kak Norazian. Pasti masing-masing mengenai Buku JRN dan PACE. Sampai di Baiyun Airport, Guangzhou pada jam 1:30ptg. Kami kemudiannya menyambung penerbangan dengan Shenzhen Airlines ke Changsa pada jam 3:40ptg dan sampai kira-kira jam 5ptg. Kami bersegera ke bilik air, bersuci dan berwuduk. Abang kemudiannya mencari satu sudut yang agak sunyi lalu membentangkan blazer dan bersujudlah kami menyembah Allah yang Maha Pengasih menunaikan solat jamak taakhir zuhur dan asar. 
 
Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan teksi menuju Yiyang kira-kira 60km dari Changsa. Agent perawatan kami Mr Loh mengandaikan perjalanan mengambil masa 1-jam, walau bagaimanapun kami hanya sampai di Yiyang kira-kira jam 8mlm dan ditempatkan di bilik No 8402 Hotel Xiao Huatian. Samapi saja di bilik, abang segera mengeluarkan travel cooker dan memanaskan rendang ayam yang bibik Mashitah bekalkan. Alhamdulillah hidangan ringkas rendang ayam dengan nasi impit sangat menyelerakan. Hidangan makan malam disudahi dengan roti "penyek" bersalut jam raspberry dan air kopi radix untuk aku dan oat 3in1 untuk abang. Alhamdulillah.
 
Kami terus bersiap untuk solat Isyak dan Maghrib. Malam pertama di Yiyang aku akhiri dengan munajat semoga permusafiran kami ini beroleh kejayaan dan keberkatan. Semoga penderma yang sesuai dapat segera ditemui dan pembedahan dapat dijalankan serta semua urusan abang akan dipermudahkan Allah jua. Tidak lupa juga aku titipkan doa buat anak-anak yang ditinggalkan. Dakapan anakanda Qayyim di KLIA sungguh memberikan aku satu kekuatan yang luarbiasa. Alhamdulillah syukur, dia sudah boleh diberikan tanggungjawab untuk mengawasi adik-adik dan menguruskan amanah yang kami tinggalkan. Turut aku panjatkan doa buat semua sahabat ikhwah dan akhawat dan seluruh ahli keluarga yang tidak putus-putus memberikan sokongan agar ikhtiar perawatan abang beroleh kejayaan. Semoga kasih-sayang yang mereka tunjukkan kepada kami merupakan gambaran kasih sayang Allah kepada kami, hanya kerana Allah lah mereka mengasihi kami jua. 
 
Ya Allah sungguh banyak harapan dan cita-cita kami, Kau perkenankan lah ya Allah.  
 
Ummu Qayyim