Saturday, November 7, 2009

7 Nov 2009 - Diari Umi

Assalamualaikum wbt
 
Apa khabar? Lama umi tak hantar berita, entah malas pulak nak menulis. Sekarang ni pukul 3 petang, umi menulis dari bilik hotel. Malam tadi buat pertama kalinya umi dapat tidor di hospital temankan abi. Abi sudahpun keluar dari ward ICU dan ditempatkan di ward biasa, sebilik seorang, ada dua katil. Dapatlah pengalaman menjaga abi. Memang tak boleh nak rehat, setiap dua jam nurse akan masuk ambil blood pressure dan bagi makan ubat. Acapkali juga abi diingatkan untuk "minum air" sebab urine abi sikit sangat. Dah empat tahun abi tak boleh minum banyak, sudah tentu payah untuk abi bertukar kepada tabiat minum air yang banyak ni. Apapun umi nampak abi memang bersungguh, kembong-kembong perut minum air. 
 
Anak-anak doakanlah abi. Kesian umi tengok abi. Malam tadi sahaja, ada tiga kali abi ke tandas. Dalam kepayahan abi bangun ke tandas, sakit perut nak buang air. Doktor kata mungkin kesan ubat yang banyak tu. Kalau umi tengok abi makan ubat, macam makan kacang....Mudah-mudahan semua itu akan menjadi asbab untuk Allah mengampunkan dosa-dosa abi. Umi harap anak-anak pun doakan lah untuk umi juga ya. Memang mencabar kehidupan di sini....tak pelah semua ini tarbiah untuk umi. Dah lama umi tak bermukhayyam. Hidup selalu dalam keselesaan sehingga membuatkan kita selalu lupa...Di sini, umi masakkan makanan untuk abi pun macam main pondok-pondok. Ala kadar nya sahaja. Alhamulillah ada juga bahan untuk dimakan. Kemudian umi tahu bahawa keadaan ini hanya sementara, InsyaAllah semuanya akan berubah bila balik nanti. Bayangkan saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq, Padang Indonesia dan lain-lain kawasan peperangan/bencana, mereka hidup dalam keadaan yang amat "tidak selesa" dan tak tahu pula bilakah penghujungnya. Itulah agaknya yang Allah nak bagi umi rasa.....
 
Salah satu kesan ubat "anti-rejection" yang abi ambil ataupun ketidakseimbangan bahan mineral dalam badan selepas kidney-transplant ini ialah mengalami "hallucinations". Ini pada dua-tiga hari pertama dahulu. Abi terbayangkan abang Qayyim datang tengok abi, cucunda Fadwa datang dan pernah satu ketika abi hantar sms pada umi berbunyi "jom balik makan". Abi terbayangkan ada ramai sahabat datang dan bawa bermacam hidangan. Satu ketika yang lain, abi kata beriya-iya abi potong pizza dan suap sepotong ke mulut. Rupa-rupanya yang abi cuba nak makan tu ialah handphone abi. Begitulah kesan operation yang perlu abi hadapi. Tambahan dalam keadaan badan yang lemah, syaitan juga turut memainkan peranan. Kami ambil iktibar, begitulah agaknya nanti apabila berhadapan dengan sakratul maut. Kita akan didatangi oleh orang-orang yang hampir dengan kita sebagai fatamorgana. Umi selalu ingatkan abi untuk baca mathurat dan berzikir.

Ada seorang patient (dari Indonesia) di katil sebelah abi semasa di ward ICU terpaksa diikat kaki dan tangannya. Meracau-racau, antaranya "I'm the Captain, you are my crew...you have to listen to me". Dia marahkan doktor. Nurse dan anak-anak dia pun diludahny

期  砑

Qayyim: akhir sekali tu mungkin signature china umi. hehe..insyaAllah, tak lama lagi akan pulang ke tanah air. gembira, sedih dan pilu semuanya bercampur membaca perkhabaran abi di sana. walau apa pun keadaannya, abi pesan "teruskan perjuangan, hidup kena diteruskan walau apa pun yang terjadi"

Thursday, November 5, 2009

Perkembangan 3 Nov 2009

"hari  ni 3 nov, semua tiub pada badan abi dah dicabut kecuali saluran buang air kecil. Abi juga boleh duduk sendiri walaupun pelan-pelan. juga buat pertama kali lepas 8 hari operation; doktor pimpin abi berdiri timbang. dengar ura-ura abi dan umi boleh balik 10 november ini, nanti bila conform kami bagitau. salam dan terima kasih pada semua keluarga dan sahabat (yang) tak putus berdoa dan bertanya khabar, termasuk yang SMS dan menalipon dari Malaysia, Beijing dan Mekah"

begitulah SMS abi mintak untuk updatekan di blog supaya semua orang maklum perkembangan terkini. tadi call abi kejap untuk uruskan bayaran-bayaran bill/creadit card..sayup-sayup sahaja suaranya. mungkin keletihan, tapi insyaAllah akan kembali bersemangat bila pulang ke tanah air nanti. inysAllah tarikh sebenar kepulangan akan dimaklumkan dalam blog ini.

abi juga nanti akan di 'home quarantine'kan bila pulang. rumah akan dibersihkan sebersih-bersih nya hujung minggu ni menanti kepulangan umi dan abi~