Sedang aku menjalani kursus Penubuhan JK Anti Dadah di Tempat Kerja pada 15 Okt 2009 lepas, terkejut menerima mesej dari abang " Dinda, we have to leave for China on 22 Okt 2009. Nanti lepas kerja kita bincang lagi". Oh tak dapat digambarkan perasaan di hati. Bercampur baur. Yang penting urusan untuk ke China semakin hampir. Ku jawab mesej abang "Takpe kita teruskan, apa-apa pun urusan, kita buat aje"
Dalam kesibukan memenuhi jemputan Open House dari surau dan masjid berhampiran, JIM Pusat, kenduri kahwin dan lain-lain, dapat juga memenuhi hajat Kak Jun dan Kak Endon untuk majlis doa selamat pada hari Ahad 19Okt. Kehadiran abang kakak serta keluarga dari Johor dan N9 juga sepupu-sepapat dari Kuala Lumpur menambah sayu hati ini. Begitu sekali kasih sayang keluarga kepada abang. Memang dia telah berjaya mendapat tempat yang istimewa dalam keluarga ku. Alhamdulillah urusan catering semua ditanggung beres.
Hanya ada 3 hari bekerja 19,20 dan 21 hb untuk mendapatkan kelulusan majikan ke China. Alhamdulillah dengan berkat doa yang dititipkan saban malam dan pasti juga dari ikhwah dan akhawat yang sangat prihatin, semua urusan nampak mudah dan berlaku dengan sewajarnya. 19Okt rumah dibanjiri dengan beberapa kumpulan usrah yang datang berziarah dari Bangi dan Serdang (kampung lama kami berdua). JIMDHL turut menganjurkan solat hajat di Surau Kauthar pada 21Okt selepas Isyak. Ramai yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan.
Pada 22Okt berangkat lah kami berdua dari KLIA dengan penerbangan MAS MH 376 ke Guangzhou. Tambah sebak dan sayu dengan kehadiran sahabat-sahabat dan Tuan Presiden JIM. Di situ aku melihat abang menyampaikan beberapa pesanan kepada Akh Zukri dan Kak Norazian. Pasti masing-masing mengenai Buku JRN dan PACE. Sampai di Baiyun Airport, Guangzhou pada jam 1:30ptg. Kami kemudiannya menyambung penerbangan dengan Shenzhen Airlines ke Changsa pada jam 3:40ptg dan sampai kira-kira jam 5ptg. Kami bersegera ke bilik air, bersuci dan berwuduk. Abang kemudiannya mencari satu sudut yang agak sunyi lalu membentangkan blazer dan bersujudlah kami menyembah Allah yang Maha Pengasih menunaikan solat jamak taakhir zuhur dan asar.
Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan teksi menuju Yiyang kira-kira 60km dari Changsa. Agent perawatan kami Mr Loh mengandaikan perjalanan mengambil masa 1-jam, walau bagaimanapun kami hanya sampai di Yiyang kira-kira jam 8mlm dan ditempatkan di bilik No 8402 Hotel Xiao Huatian. Samapi saja di bilik, abang segera mengeluarkan travel cooker dan memanaskan rendang ayam yang bibik Mashitah bekalkan. Alhamdulillah hidangan ringkas rendang ayam dengan nasi impit sangat menyelerakan. Hidangan makan malam disudahi dengan roti "penyek" bersalut jam raspberry dan air kopi radix untuk aku dan oat 3in1 untuk abang. Alhamdulillah.
Kami terus bersiap untuk solat Isyak dan Maghrib. Malam pertama di Yiyang aku akhiri dengan munajat semoga permusafiran kami ini beroleh kejayaan dan keberkatan. Semoga penderma yang sesuai dapat segera ditemui dan pembedahan dapat dijalankan serta semua urusan abang akan dipermudahkan Allah jua. Tidak lupa juga aku titipkan doa buat anak-anak yang ditinggalkan. Dakapan anakanda Qayyim di KLIA sungguh memberikan aku satu kekuatan yang luarbiasa. Alhamdulillah syukur, dia sudah boleh diberikan tanggungjawab untuk mengawasi adik-adik dan menguruskan amanah yang kami tinggalkan. Turut aku panjatkan doa buat semua sahabat ikhwah dan akhawat dan seluruh ahli keluarga yang tidak putus-putus memberikan sokongan agar ikhtiar perawatan abang beroleh kejayaan. Semoga kasih-sayang yang mereka tunjukkan kepada kami merupakan gambaran kasih sayang Allah kepada kami, hanya kerana Allah lah mereka mengasihi kami jua.
Ya Allah sungguh banyak harapan dan cita-cita kami, Kau perkenankan lah ya Allah.
Ummu Qayyim

0 comments:
Post a Comment