Saturday, November 7, 2009

7 Nov 2009 - Diari Umi

Assalamualaikum wbt
 
Apa khabar? Lama umi tak hantar berita, entah malas pulak nak menulis. Sekarang ni pukul 3 petang, umi menulis dari bilik hotel. Malam tadi buat pertama kalinya umi dapat tidor di hospital temankan abi. Abi sudahpun keluar dari ward ICU dan ditempatkan di ward biasa, sebilik seorang, ada dua katil. Dapatlah pengalaman menjaga abi. Memang tak boleh nak rehat, setiap dua jam nurse akan masuk ambil blood pressure dan bagi makan ubat. Acapkali juga abi diingatkan untuk "minum air" sebab urine abi sikit sangat. Dah empat tahun abi tak boleh minum banyak, sudah tentu payah untuk abi bertukar kepada tabiat minum air yang banyak ni. Apapun umi nampak abi memang bersungguh, kembong-kembong perut minum air. 
 
Anak-anak doakanlah abi. Kesian umi tengok abi. Malam tadi sahaja, ada tiga kali abi ke tandas. Dalam kepayahan abi bangun ke tandas, sakit perut nak buang air. Doktor kata mungkin kesan ubat yang banyak tu. Kalau umi tengok abi makan ubat, macam makan kacang....Mudah-mudahan semua itu akan menjadi asbab untuk Allah mengampunkan dosa-dosa abi. Umi harap anak-anak pun doakan lah untuk umi juga ya. Memang mencabar kehidupan di sini....tak pelah semua ini tarbiah untuk umi. Dah lama umi tak bermukhayyam. Hidup selalu dalam keselesaan sehingga membuatkan kita selalu lupa...Di sini, umi masakkan makanan untuk abi pun macam main pondok-pondok. Ala kadar nya sahaja. Alhamulillah ada juga bahan untuk dimakan. Kemudian umi tahu bahawa keadaan ini hanya sementara, InsyaAllah semuanya akan berubah bila balik nanti. Bayangkan saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq, Padang Indonesia dan lain-lain kawasan peperangan/bencana, mereka hidup dalam keadaan yang amat "tidak selesa" dan tak tahu pula bilakah penghujungnya. Itulah agaknya yang Allah nak bagi umi rasa.....
 
Salah satu kesan ubat "anti-rejection" yang abi ambil ataupun ketidakseimbangan bahan mineral dalam badan selepas kidney-transplant ini ialah mengalami "hallucinations". Ini pada dua-tiga hari pertama dahulu. Abi terbayangkan abang Qayyim datang tengok abi, cucunda Fadwa datang dan pernah satu ketika abi hantar sms pada umi berbunyi "jom balik makan". Abi terbayangkan ada ramai sahabat datang dan bawa bermacam hidangan. Satu ketika yang lain, abi kata beriya-iya abi potong pizza dan suap sepotong ke mulut. Rupa-rupanya yang abi cuba nak makan tu ialah handphone abi. Begitulah kesan operation yang perlu abi hadapi. Tambahan dalam keadaan badan yang lemah, syaitan juga turut memainkan peranan. Kami ambil iktibar, begitulah agaknya nanti apabila berhadapan dengan sakratul maut. Kita akan didatangi oleh orang-orang yang hampir dengan kita sebagai fatamorgana. Umi selalu ingatkan abi untuk baca mathurat dan berzikir.

Ada seorang patient (dari Indonesia) di katil sebelah abi semasa di ward ICU terpaksa diikat kaki dan tangannya. Meracau-racau, antaranya "I'm the Captain, you are my crew...you have to listen to me". Dia marahkan doktor. Nurse dan anak-anak dia pun diludahny

期  砑

Qayyim: akhir sekali tu mungkin signature china umi. hehe..insyaAllah, tak lama lagi akan pulang ke tanah air. gembira, sedih dan pilu semuanya bercampur membaca perkhabaran abi di sana. walau apa pun keadaannya, abi pesan "teruskan perjuangan, hidup kena diteruskan walau apa pun yang terjadi"

Thursday, November 5, 2009

Perkembangan 3 Nov 2009

"hari  ni 3 nov, semua tiub pada badan abi dah dicabut kecuali saluran buang air kecil. Abi juga boleh duduk sendiri walaupun pelan-pelan. juga buat pertama kali lepas 8 hari operation; doktor pimpin abi berdiri timbang. dengar ura-ura abi dan umi boleh balik 10 november ini, nanti bila conform kami bagitau. salam dan terima kasih pada semua keluarga dan sahabat (yang) tak putus berdoa dan bertanya khabar, termasuk yang SMS dan menalipon dari Malaysia, Beijing dan Mekah"

begitulah SMS abi mintak untuk updatekan di blog supaya semua orang maklum perkembangan terkini. tadi call abi kejap untuk uruskan bayaran-bayaran bill/creadit card..sayup-sayup sahaja suaranya. mungkin keletihan, tapi insyaAllah akan kembali bersemangat bila pulang ke tanah air nanti. inysAllah tarikh sebenar kepulangan akan dimaklumkan dalam blog ini.

abi juga nanti akan di 'home quarantine'kan bila pulang. rumah akan dibersihkan sebersih-bersih nya hujung minggu ni menanti kepulangan umi dan abi~ 

Friday, October 30, 2009

Perkembangan 31 Okt 2009

Assalamualaikum wbt
 
Amin Ya Rabb. 
 
Hari ini 1 Nov 2009 (sebenarnya 31 Okt..umi lost track of date agaknya), Alhamdulillah Dr Hafidzi sudah mula menjamah bubur kosong. Mudah-mudahan keadaan beliau akan bertambah baik. Malam semalam beliau tak dapat tidor kerana pesakit sebelah katil kena minor stroke. Doktor dan nurse sibuk merawatnya. Pesakit tu seorang wanita dari Kota Kinabalu ditemani suami yang tak putus-putus berada di samping. Kzu dilarang pula oleh pengiring kami untuk menemankan akhi, mungkin kerana penampilan busana muslimah kzu (walaupun sudah modified untuk kelihatan ala-ala orang Cina sikit).
 
Semoga Allah terus mengurniakan rahmatNya ke atas akhi dan segerakan penyembuhannya. 
 
jzkk,  Ummu Qayyim
Yiyang, China 


Qayyim: Mak Ngah ade call semalam. katanya Abg Wan Azizan dan maknya tersenarai dalam bakal jamaah Haji tahun ni. Alhamdulillah. Mereka jemput abang untuk meraikan majlis doa selamat ahad malam, tapi terpaksa abang tolak sebab pagi isnin esoknya ada paper final yang sangat susah. kalau mudah mungkin boleh meraikan majlis bersama. Nanti akan call personally abg Wan Azizan untuk ucapkan tahniah dan doakan dia selamat perjalanan pergi dan balik. Moga Allah permudahkan urusan di sana, diberikan kekuatan untuk harungi cabaran mengerjakan fardhu hajj dan mendapat sebanyak2 manfaat berada di bumi perjuangan. Tanah yang mulanya dakwah islamiah, tanah yang disimbahi darah golongan awwalun, tanah yang menyaksikan kembalinya manusia kepada fitrah islam..titik pertemuan ummah. 

30 Okt 2009 - Warkah Umi

Assalamualaikum wbt
 
Anak-anak yang dikasihi,
 
apa khabar? Dah seminggu Umi tinggalkan Malaysia. Alhamdulillah hari ini, abi dan umi telah mula berutus sms. Syukur. Umi masih tak boleh nak temankan abi di ward lagi, Ah Loon aje yang pergi jengok abi. Tadi Umi pesan Ah Loon suruh lap-lap kan abi, tugas yang sepatutnya umi laksanakan. InsyaAllah malam ni umi akan ziarah abi lagi. 
 
Malam semalam, semasa pertama kali umi pandang wajah abi, perkataan pertama yang keluar dari mulut abi, "dinda apa khabar? I love you sayang, from the first day abang nampak dinda, cinta abang tak pernah berkurang". chewah.....berdrama pulak, tapi memang betul, itulah yang abi cakap. Agaknya abi sangat risaukan umi yang duduk sorang-sorang di tempat yang begitu asing. 
 
Masa umi lepaskan abi keluar dari bilik hotel untuk ke hospital (jam 10 malam, 28 Oktober 2009), sampailah saat umi dan abi bertemu kembali (jam 8.20 malam, 29 Oktober 2009), umi hanya berserah dan tawakal kepada Allah yang Maha Penyayang. Umi panjatkan doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa abi, merahmatinya, menjadikan hati doktor dan nurses yang merawat abi bersikap lemah lembut pada abi, moga Allah permudahkan urusan operation, tiada komplikasi semasa dan selepasnya dan semoga badan abi serasi menerima ubat-ubat yang dimasukkan. Umi juga memohon agar Allah berikan abi lagi waktu untuk abi menyiapkan buku-buku penulisan terutamanya Jejak Risalah di Nusantara (JRN) yang sangat berharga itu. Abi bercita-cita untuk meninggalkan legacy untuk anak cucu dan generasi akan datang satu set bahan rujukan tentang Islam di Nusantara. Abi kata, untuk berdakwah dalam masyarakat kita perlu tahu sejarah masyarakat itu sendiri. Belum ada lagi sumber rujukan untuk para duat di dunia sebelah sini dapat gunakan dalam kontek ini. Kalau adapun ianya terpancar-pancar. Apa yang abi lakukan ialah mengumpulkan bahan rujukan tersebut, menganalisa dan merumuskan dari sudut pandang seorang pendakwah. Tafsir Al Quran tulisan Prof HAMKA mengambil masa berpuluh tahun untuk disiapkan. Itulah yang menjadi inspirasi abi, projek JRN memerlukan masa dan nafas yang panjang. Abi puas kalau Allah ambil nyawa abi ketika mana JRN telah siap diterbitkan kesemuanya. Semoga Allah makbulkan cita-cita abi.
 
Semalaman itulah umi tak dapat tidor. Umi rasa abang Qayyim, Amin dan Odi pun begitu juga. Kelima-lima kita terpisah, berseorangan dalam menghadapi saat yang getir ini. Begitulah umpamanya di akhirat kelak, sedalam mana pun kasih sayang kita anak-beranak, kita tetap dibangkitkan berseorangan di hadapan Allah nanti. Semoga dengan iman, amal soleh dan rahmat Allah kita dapat dipertemukan semula di alam yang kekal abadi. 
  
Umi percaya bukan kita sahaja yang mendoakan abi dengan tulus, mak ngah, cik aton, mak long, ateh, atok, kak fuza, abang wan, pakcik-makcik di Johor dan Kuala Lumpur turut mendoakan abi. Apatah lagi pakcik makcik dalam JIM. Mereka yang telah banyak berkorban untuk abi dan kita sekeluarga. Beransur-ansur kita lihat perkembangan yang positif pada abi, semua berkat doa, usaha dan kasih sayang mereka. Kita mestilah tidak lupa diri ya. Janganlah hendaknya kita menjadi orang-orang yang ingat pada Allah apabila ditimpa musibah sahaja, tapi kembali lupa apabila keadaan telah aman. Semoga episod kehidupan ini dapat meningkatkan lagi iman dan takqwa kita pada Allah swt. Mudah-mudahan kita dapat terus berbakti dan beramal di atas jalan dakwah ini, sekecil mana pun sumbangan atau peranan yang dapat kita berikan.  
 
Jumpa lagi di lain kesempatan, salam sayang
Umi
Yiyang, China
2.15pm, 30 Oktober 2009

Thursday, October 29, 2009

ICU 29 Okt 2009

Alhamdulillah, umi SMS tadi lepas isya', katanya dah jumpa dengan abi. abi sampaikan salam pada semua dan ucapan terima kasih pada semua atas pengorbanan. status abi masih belum boleh makan lagi.

pakcik IKJ pun ada msg maklumkan atleast 4 hingga 5 hari untuk check reflect kidney baru pada badan. semoga Allah permudahkan segalanya.

jzkk diucapkan pada semua pakcik makcik, sedarah mahupun seaqidah, atas sokongan pada keluarga kami. khususnya sokongan moral pada kami adik beradik. ana tak henti-henti dapat SMS ingatkan diri untuk sentiasa kuatkan semangat dan terus letakkan pengharapan & pergantungan sepenuhnya pada Allah.

Allah jualah yang akan balas jasa baik antum semua.

Qayyim Hafidzi

DK (Darul Khair), Bandar Baru Bangi

29 Okt 2009 - Umi Kesunyian

Assalamualaikum wbt Abg Qayyim,
 
Sunyi betul hidup Umi tanpa Abi dan anak-anak di sisi.Umi banyak habiskan masa solat dan mengaji. Abi pesan suruh Umi solat Dhuha 8 rakaat, insyaAllah Umi laksanakan. Allah bagi banyak kelapangan di sini, masa untuk muhasabah diri.
 
Ini sedikit coretan mengenai pemergian Cik Aton dan Pak Abu ke Mekah untuk Umrah pada 22 Julai 2009 yang lalu. Mohon abang masukkan lah dalam blog kita. Umi memang tak boleh akses dari sini.
 
love, Umi.

p/s Odi tahu tak perkembangan terkini Abi? Kalau Abg berkesempatan call no tel Warden Hira' 03-32646716. Tadi pagi budak kuantan tu (adik amin husaini) call Umi....

respon: Alhamdulillah dah dapat call odi, sejak petang try call tak dapat. lastly dah masuk waktu nak tidur baru warden hira' angkat, mintak juga panggilkan odi sebab emergency. abang bacakan pada dia apa yang abi tulis dalam warkah pada anak-anak sebelum masuk OT. Odi tak cakap banyak malam tu..sebak agaknya. tapi pagi tadi dapat panggilan dari warden hira', odi rupanya. nak tahu perkembangan terkini abi. alhamdulillah semuanya ok. amin pun abang ada call semalam, dia mintak abang emailkan email abi..katanya nak smskan address email dia. tapi macam biasa, payah nak dia reply SMS~

Wednesday, October 28, 2009

Perkembangan 29 Okt 2009

"Alhmdlh 4.30 am td abi dh slsai op. umi tk dpt tgk lg, agent kta smua ok."

itu SMS umi pada pukul 5.27am padi tadi.

setakat pkl 11.45am tadi, umi ada emailkan perkembangan terkini:

Assalamualaikum wbt
 
Ikhwah dan akhawat fillah,
 
Menurut apa yang dikhabarkan kepada Kzu daripada Ah Loon (pengiring kami):
 
Alhamdulillah, Dr Hafidzi telah mula sedar (sudah ada buka mata sejak pagi tadi lagi). Waktu dilihat tadi, sedang tidur. Sudah boleh kencing (300-400ml) - ini indikator utama menunjukkan buah pinggang yang diterima telah dapat berfungsi. Ada lebih kurang 5 batang jarum pada badan akhi sekarang ni, yang memasukkan pelbagai ubat anti-rejection. Mengikut Ah Loon, doktor menggunakan ubat-ubat import (yang mahal dan baik) untuk akhi, bukannya ubat-ubatan lokal.  
InsyaAllah mungkin boleh ziarah akhi jam 10 malam nanti,  
kzu. 
Yiyang, China